Pages

Bantal, Selimut dan Tilam

Entry kali ni  sekadar luahan perasaan...boleh ambil sebagai pengajaran buat yang memahami...kebelakangan ini terasa lemah…moga Allah tunjukkan jalannya.


        Mula-mula pindah ke Kolej 12 ni, malam ni aku rasa bantal dengan tilam rasa tak ngam. Mungkin sebab masih tak biasa antara satu sama lain. Bila dah biasa nanti baru ngam. Bila dah ngam mesti susah nak berpisah. Dengan tuannya sekali melekat kat kedua-duanya( tiada kaitan). Tapi bila dah sekali berpisah mungkin masing-masing sudah lupa. Orang kata jauh dimata dekat di hati. Tak juga, sebab kadang-kadang bila jauh lagi senang nak lupa. Mula-mula je sibuk2 nak berindu-rinduan. Teringat memori indah bersama kononnya. Bila berganding sekali lagi susah nak ngam balik. Sebab bantal dah biasa dengan selimut dan tilam kat kolej lain. Camtu la juga dengan tilam dan bantal. Tapi bila dah berjumpa terpaksa juga bergandingan. Nak tunggu ngam sampai bila nak ngam. Buat je la kerja masing. Bantal jaga kepala, tilam lapik badan, selimut melindungi daripada kesejukan. Walaupun setempat, bukan semuanya suka kepada yang lain. Mungkin bantal suka selimut, tapi selimut rasa dah meluat dengan bantal. Tilam pula, "malas la nak layan diorang ni". Soal hati ni bukan kehendak kita nak meminta ruang buat kita. Sebaliknya kita yang perlu membuka ruang untuk meredhakan. 

        Bicara pasal soal suka suatu benda yang perlu datang secara berbalas. Supaya tidak wujud rasa menyesal di kemudia hari. Jangan salah masa dan tempat yang mempertemukan dan memisahkan. Tapi bagaimana cara kita menghadapi pertemuan dan perpisahan. Adakah kita cukup menghargai setiap detik yang berlaku. Tanya pada diri sendiri. Kita tak mahukan perpisahan tetapi adakah kita pernah menghargai pertemuan. Bagi aku, aku cukup menyesal sebab pilihan aku bukan daripada kejujuran. Itulah yang menjadikan aku dilanda kesusahan.


                  

1.       Aku menyesal sebab aku tak teruskan apa yang aku rasa.

2.       Disebabkan aku hentikan tindakan aku, aku terasa susah dan berat hati.


3.       Bila aku nak bertindak ikut cara yang sama aku tak boleh.


4.       Kenapalah dulu aku terminate tindakan aku, ni semua sebab rasa serba-salah yang menyibuk dalam hati aku, rasa kasihan tak bertempat.


5.       Kalaulah aku teruskan aku dah rasa ringan dan mudah.

                Dan akhirnya semua kesalahan sebenarnya pada aku. Bukan salah sesiapa selain aku. Maaf………… L Minta maaf juga pada bantal, selimut dan tilam yang menjadi watak cerita aku malam ni...Lepas ni aku dah tak mahu ada lagi cerita macam ni. Pening kepala. Banyak lagi urusan yang belum selesai. Moga Allah tunjukkan jalan untuk aku tahu langkahnya.

Read more >>

Allah Maha Pengampun: Sudahkah Terampun Dosa-dosa Kita?

Akal, nafsu, iman.

                Dicipta manusia memiliki kelebihan akal untuk berfikir, dipimpin oleh wahyu Allah dengan bimbingan Rasul sanjungan. Kehadiran nafsu dan bisikan syaitan menjadi penghalang dan rintangan buat umat manusia untuk menuju kebenaran. Akal melihat buruknya maksiat, indahnya amal soleh, namun kerap kali akal diperangkap oleh gelojak nafsu dan dengkinya syaitan. Namun, adakah alasan meninggalkan perintah dan melakukan larangan diletakkan kepada wujudnya nafsu dan syaitan? Sebaliknya, wujudnya nafsu dan syaitan menjadi garis pemisah antara yang teguh imannya dan yang lemah imannya.

“Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali org2 yg telah diberi rahmat oleh Tuhanku(maka terselamatlah dia dari hasutan nafsu itu”(Surah Yusuf 12:53)

Dosa Manusia.

                Manusia seringkali lalai dalam pertimbangan dan tesilap dalam membuat keputusan sehingga menyebabkan mereka jatuh ke kancah dosa dan maksiat. Tersilap membuat keputusan akibat melihat banyaknya wang yang ditinggalkan di depan mata oleh orang yang tidak diketahui atau meninggalkan solat akibat sibuknya bekerja atau rancaknya mengumpat akibat marahnya hati. Tiap satunya merupakan dosa yang kerap kali dilakukan oleh manusia. Dalam memahami gelagat dosa manusia perlu digariskan beberapa kategori dosa yang menjadi permainan hidup manusia:

1.       Dosa kepada Allah dan Rasulnya

2.       Dosa sesama Manusia



Taubat: Terampunkah dosa kita?


                Sifat Allah yang maha pengampun hikmah kepada kejadian manusia yang terdedah kepada dosa dan maksiat. Kepada yang berdosa, sama ada meninggalkan yang wajib atau melakukan yang haram dibuka ruang buatnya untuk bertaubat dan memohon ampun daripadaNya. Biar sebesar manapun dosa yang dilakukan ruang keampunan Allah cukup besar buat seluruh umat manusia. Cuma persoalannya adakah dosa kita sudah terampun?

                Menjadi tanggungjawab buat seluruh manusia untuk sentiasa memohon keampunan daripada Allah supaya dapat menjadikan kita insan yang sentiasa berwaspada dengan dosa-dosa yang dilakukan tanpa sedar disamping menjadikan kita semakin dekat kepadanya. Di dalam sohih Muslim tercatat : Firman Allah Ta'ala ( maksud ) :

“Sesiapa yang mendekatiKu sejengkal maka Aku akan mendekatinya sehasta. Dan sesiapa yang menghampiriKu sehasta maka aku kan menghampirinya sepemeluk dan sesiapa yang datang kepadaKu dalam keadaan berjalan maka Aku akan kepada dalam keadaan bersegera. Dan sesiapa menemuiKu(selepas mati) dengan dosanya sebesar bumi tetapi tidak syirik padaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan menemuinya dalam keadaan mengampuni dosa sebesar bumi itu.

Apakah erti memohon ampun jika tiada penyesalan? Apakah gunanya memohon ampun jika dosa lama diulang lagi?

                Sebagaimana susahnya hati peminta sedekah menagih simpati daripada pemberian yang belum pasti, menampilkan riak wajah yang sedih dan gusar, dipaparkan dengan suara sayu meminta sumbangan yang ikhlas serta kesungguhan dalam mencari sesuap nasi; begitulah juga bagi setiap manusia yang berdosa, perlunya kepada penyesalan akan dosa yang dilakukan, memohon ampun daripada yang maha esa, serta membuktikan penyesalan dan permohonan ampun itu dengan tidak mengulangi perbuatan dosa tersebut. Itulah yang disebut sebagai taubat nasuha, taubat yang sebenar-benar taubat.

                Seterusnya tidak perlu terlepas daripada perlakuan muslim itu daripada melukai hati manusia yang lainnya, yang dirujuk sebagai dosa kepada sesama manusia. Tidak kira sama ada mengambil hak mereka, mengumpat, menfitnah dan sebarang perlakuan yang menjejaskan zahir dan batin mereka setiapnya memerlukan permohonan maaf daripada setiap yang bersalah agar terlepas daripada tuntutannya di akhirat kelak.



Bilakah mahu bertaubat?



Hadis riwayat Imam Muslim dari Abu musa Al-Asy`ari:

"Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya di siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan pada malam hari sampai matahari terbit dari barat."

                Bersiap sedialah kita untuk bertaubat selagi pintunya terbuka. Masih ada waktu bagi kita ! ! !

Read more >>

Kita Bukan Kita VS Kita Sebenarnya Kita


“Kita bukan kita apabila kita beritahu orang bahawa kita itu adalah kita. Tapi kita adalah kita apabila orang beritahu kita bahawa kita itu adalah kita.”

This is quite confusing isn’t it? Or somebody may say totally, extremely confusing.

Memang pening.

Pertama, saya ingin beritahu para pembaca kata-kata ini bukan daripada saya. Tapi kata-kata yang agak pening ini pernah ditujukan kepada saya oleh kawan saya bagi tujuan menasihati atau secara su’uzhonnya untuk memerli. 

But, I’m very sure he definitely wanted to advise me (positive thinking). Actually, “perli” is another method to advise but of course a little bit sarcastic. Sometimes, it works.

Ok, enough talking behind my friend back. He has done a good job. Let’s focus on above phrase.

Tujuan  penulisan hari ini adalah untuk mengajak kita sama-sama berfikir adakah kita yang dimaksudkan dalam ungkapan di atas disamping berkongsi kepeningan yang pernah saya alami. Tapi anda tidak perlu pening kerana saya akan member pencerahan mengenai ayat yang tungang langgang ini.



“Kita bukan kita apabila kita beritahu orang bahawa kita itu adalah kita.”

Situasi:
1.       Dalam interview.
Interviewer          : Terangkan tentang kelebihan kamu
Calon            : Saya seorang yang berdedikasi, amanah, rajin, cekap dan pantas dalam                       melaksanakan tugas yang diberikan.

2.       Dalam perbualan kosong.
Sahabat A: Saya ni hensem, segak dan bergaya.
Sahabat B: Tapi saya lebih cerah, tinggi dan berkarisma.

3.       Program Motivasi.
Fasilitator:  Tengok semua fasi, cekap, pantas dan sentiasa tidak cuai dalam menepati waktu. Kamu ni lembab ! ! !  Lambat ! ! ! Tidak menepati waktu ! ! !
Peserta   : Kami datang awal larh . Fasi, yang tak nampak.


“Tapi kita adalah kita apabila orang beritahu kita bahawa kita itu adalah kita.”
  
Situasi:
1.       Dalam pejabat kerja.
Bos      : Saya perhatikan awak seorang yang amanah rajin dan cekap dalam menyelesaikan
 tugas yang diberikan. Stiap tugas yang diberikan disiapkan dalam tempoh yang     ditetapkan. Sungguh berdedikasi.
Pekerja: Saya hanya menjalankan tugas. Terima kasih atas pujian.

2.       Dalam perbualan kosong.
Sahabat A: kamu ni kacak dan bergayalah.
Sahabat B: Tapi kamu lebih cerah dan tinggi.

Subahanallah atas kurniaan Allah buat kamu berdua.

3.       Program motivasi.
            Fasilitator: Kamu ni lembab ! ! !  Lambat ! ! ! Tidak menepati waktu ! ! ! Cepat sket ! ! !
Peserta    : Kami akan cuba mencontohi semua fasilitator yang pantas dan sentiasa tidak cuai dalam menepati waktu

Kadangkala kita tidak perasan bahawa kita tidak seperti yang kita hebahkan kepada orang lain. Kita beritahu orang kita baik, tidak menipu dan jujur. Sebaliknya itu adalah dusta semata-mata. Penilaian yang kita buat terhadap diri kita kadangkala lari daripada sifat sebenar kita. Tetapi penilaian orang yang memerhati dan berkawan rapat dengan kita lebih tepat penilaiannya.

“Kita tidak mampu melihat diri sendiri jika tiadanya cermin.”

Tetapi sudah tentu penilaian orang lain tidak seratus peratus tepat dan kadangkala penilaian mereka sekadar membabi buta. Jadi akhirnya tinggal lagi kita untuk memuhasabah diri tentang penilaian orang dan penilaian sendiri supaya kita jadi akan menjadi lebih baik daripada yang kita hebah-hebahkan.
 
Namun sebenarnya, apa yang penting bukan penilaian positif manusia yang kita cari. Tapi penilaian ilahi akan amalan seharian kita jauh lebih penting supaya darjat kita tinggi di sisi Allah s.wt. Baik kita di sisi Allah maka baiklah kita pada pandangan mausia seluruhnya.

“Siapa yg ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka hendaklah dia melihat bagaimana kedudukan Allah dalam dirinya. (Mafhum Hhadith Riwayat Al Hakim).”







Read more >>