Pages

~Dasar-dasar Bercinta~


MENERUSI pengalaman manusia, apa yang menyenangkan akan diingini. Apa yang tidak menyenangkannya akan dihindari. kecenderungan yang sangat kuat ini berdasarkan perasaan dari manusia ke suatu objek yang diinginkan. Ia dinamakan cinta.



Pengetahuan manusia yang diperolehi manusia melalui pencainderanya terhadap objek yang merupakan syarat utama dalam cinta.

Oleh kerana itu pengetahuan tersebut terbahagi-bahagi sesuai dengan pembahagian lima indera yang cenderung ke objek diinginkan masing-masing.

Mata manusia dapat menangkap keindahan bentuk. Telinga dapat menangkap keharmonian suara dan juga sebagainya.

Pengalaman yang sedemikian telahpun dimiliki oleh manusia mahupun haiwan. Walaupun begitu, masih ada satu indera yang khusus yang hanya dimiliki oleh manusia, yang dapat menyenangkan jiwanya.



Hadis Rasulullah:

Ertinya: "Aku menginginkan tiga hal dari duniamu: bau yang harum, hubungan intim yang mesra, dan Solat yang merupakan kesenangan bagi mata."



Solat tidak dapat dirasa ataupun diraba. Tetapi sesungguhnya solatnya berada di luar jangkauan kelima indera. Meskipun Rasulullah telah menggambarkannya sebagai kesenangan bagi mata. Ertinya mata batin, iaitu jiwa dengan indera keenamnya.

Konsep-konsep yang diterapkan oleh indera yang istimewa ini lebih indah daripada objek-objek yang lainnya. Konsep-konsep tersebut lebih sempurna dan kuat daya tarikan terhadap jiwa.

Jika demikian, mungkinkah suatu objek yang tidak dapat diterap oleh kelima indera dapat dirasakan menarik oleh indera yang keenam dan dicintai oleh jiwa?

Kita akan menyebutkan satu persatu lingkungan-lingkungan yang dapat membangkitkan ghairah cinta.

1. Setiap makhluk hidup menyintai dirinya sendiri. Dia akan berusaha untuk mempertahankan kesempurnaan dirinya dengan cara memiliki tubuh yang sihat, kekayaan, anak-anak dan kaum-kerabat. Oleh kerana semua miliknya itu merupakan sebab-sebab yang menyempurnakan dirinya maka ia perlukan cinta untuk mencapai tujuan itu.

2. Cinta terhadap seorang dermawan yang secara alamiahnya, hati kita tertarik. Jika ia seorang yang asing bagi kita pun, seorang yang dermawan selalu akan dicintai. Namun begitu seorang dermawan itu dicintai bukan kerana kediriannya melainkan kerana kedermawannya, yang kadar kedermawannya itu merupakan faktor dominan dalam menentukan kadar cintanya.

3. Cinta terhadap kecantikan. Umumnya manusia telah menganggap bahawa kecantikan itu terdapat pada kulit yang putih halus, tubuh yang indah dan sebagainya. Tetapi kita dapat pula menyatakan istilah "tulisan yang cantik", "kucing yang cantik" dan sebagainya.

Kecantikan sesuatu objek terhadap di dalam pemilikannya semua kesempurnaan yang patut dan mungkin dimiliki. Kadar kecantikan itu berbeza-beza sesuai dengan tingkat kesempurnaan yang telah dicapainya.

Contohnya, tulisan yang dibuat dengan mematuhi segala kaedah kali grafi secara tepat akan disebut sebagai tulisan indah atau tulisan cantik. Namun demikian, tidak ada suatu ukuran yang sama untuk menilai kecantikan atau keindahan objek-objek yang berbeza.

Ukuran kecantikan bagi seekor kucing, tidak sama dengan ukuran bagi objek lain misalnya manusia. Perlu juga diingat bahawa kecantikan tidak hanya berkaitan objek-objek inderawi tetapi juga dengan suatu konsep. Sesorang tidak selalu dicintai kerana kecantikan lahiriahnya, tetapi seringkali kerana kecantikan pengetahuan atau kebaikannya yang menarik hati. Tidak perlu juga objek cinta seperti ini didalangi oleh pancaindera.

Misalnya, kita mencintai para nabi atau wali, tetapi kita tidak pernah berjumpa dengan mereka. Cinta kita kepada mereka sangat kuat. Sehingga kita rela mempertaruhkan nyawa kita untuk menegakkan nama baik mereka.

Jika kita ingin menimbulkan rasa cinta terhadap mereka dalam fikiran orang muda, kita dapat menghasilkannya dengan menuliskan sejuta kata pujian atas kebaikan mereka. Kisah-kisah kepahlawan setiap bangsa dapat membangkitkan ghairah cinta terhadapt para pahlawan.


"Cinta melihat bukan dengan mata

tetapi dengan fikiran
dan kerananya
bersayaplah Sang Dewa Cinta,
bersoleklah si buta." 



4. Jenis cinta ialah cinta yang merupakan daya tarikan terselubung antara dua jiwa yang saling bertemu. Jenis cinta ini disebut "cinta pada pandangan pertama."

Hadis Rasulullah SAW:

Ertinya: "Jiwa-jiwa memiliki tempat pertemuan.
Jiwa-jiwa yang saling menyukai, lalu saling
mencintai di sini. Jiwa-jiwa yang masih tetap
asing satu sama lain, tidak dapat bertemu di sini."
(Riwayat Bukhari dan Muslim).



Contohnya jika sesorang mukmin menghadiri satu pertemuan yang dihadiri oleh seratus orang munafik dan seorang mukmin, maka sudah tentu ia akan mengambil tempat duduk di samping mukmin tersebut. Mengapa? Jadi si sini nyata bahawa ada daya penarik yang membuat mereka saling menyukai.

Dalam hal ini Malik bin Dinar berkata, persis seperti burung-burung yang berbulu sama terbang bersama-sama, dua orang yang memiliki persamaan akan saling bertemu.

Siapakah yang boleh menjadi objek cinta yang sebenarnya?




1. Orang yang secara langsung menyedari dirinya yang secara fitrah memiliki cinta terhadap kesinambungan keberadaan dirinya. Jika ia merenungkan dalam-salam sifat dasar keberadaannya, maka ia akan menemukan bahawa ia tidak seorang diri, juga cara untuk mencapai keberadaan dirinya itu tidak ada dengan sendirinya.



Firman Allah :

"Bukankah telah datang atas manusia suatu waktu dari masa, sedang dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut? Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur, yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat. Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir." (Al Insan :1-3)



Jika kita benar-benar menghayati ayat ini, ia akan mendatangkan rasa cinta kita kepada Allah. Sebab, mana mungkin boleh jika ia mencintai dirinya yang bergantung kepada Dia, kecuali kalau ia telah menyerahkan dirinya bulat-bulat kepada hawa nafusnya sehingga ia melupakan dirinya yang sejati dan Tuhannya?




2. Jika ia merenungkan tujuan dan jangkauan kasih sayangnya, maka ia akan memahami bahawa tidak ada satu pun makhluk yang dapat menunjukkan kebaikannya kepada orang lain tanpa mengambil kira kepentingan peribadinya kerana kebaikannya itu pasti didasari oleh motif atau tujuan:




i. Pujian atau kepuasan diri atas kebaikannya

ii. Harapan untuk mendapatkan pahala di akhirat nanti atau

kesenangan lahiriah




Walaupun motif itu nampaknya bertentangan, ia akan menghasilkan kesimpulan bahawa manusia tidak dapat disebut "pengasih" (sesuai dengan sifat Allah). Ini adalah kerana perbuatan yang dilakukannya didorong oleh keinginan untuk mencapai sesuatu atau mendapatkan imbalan tertentu.




Sesorang yang pengasih atau dermawan sejati adalah orang yang kalau memberikan sesuatu tidak sedikit pun terlintas di dalam fikirannya untuk mendapatkan ganjaran. Kedermawaannya yang tidak ada niat sampingan adalah kualiti yang hanya dimiliki oleh Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Oleh kerananya Dia merupakan objek cinta yang sebenar-benarnya.




3. Penghargaan terhadap kecantikan batin. Iaitu misalnya merupakan perenungan terhadap kualiti-kualiti yang menarik kepada objek yang dicintainya. Ini dapat menimbulkan cinta yang lebih kuat. Lebih tahan lama daripada cinta terhadap kecentikan tubuh yang dipenuhi nafsu berahi.




Walaupun demikian, objek cinta seperti ini pun masih belum memiliki kecantikan bila dilihat dari segi kesempurnaannya. Ketiga jenis objek cinta tersebut adalah juga makhluk-makhluk Allah yang memang tidak sempurna.




Hanya Allah yang Maha Cantik, Maha Suci, Maha Merdeka, Maha Kuasa, Maha Agung, Maha Pengasih, dan Maha Penyayang. Dengan mengetahui sifat-sifat kebesaran Allah ini, kita belum juga dapat mengenal-Nya sebagaimana Dia adanya.




Cukupkah sifat-sifat kebesaran Allah itu untuk membangkitkan cinta kita kepada-Nya? Hanya orang yang buta hatinya saja yang tidak mahu mengakui kebesaran-Nya. Orang seperti ini tidak dapat memahami sikap kekasih Allah kepada-Nya.




Nabi Isa a.s. pernah bersabda ketika berbual dengan beberapa orang fakir yang sedang menyiksa diri mereka : "Mengapa kamu melakukakn perbuatan seperti ini?"




Mereka menjawab : "Kami melakukan ini kerana takut akan api neraka dan mengharapkan nikmat syurga."




"Sesungguh Kasihan," Sanggah Nabi Isa. "Ketakutan dan harapanmu itu hanya terbatas pada makhluk." Lalu beliau melanjutkan perjalanan dan melihat beberapa orang fakir lainnya. Kemudian mengajukan pertanyaan yang sama. "Kami memperhambakan diri kepada Allah dan memuja-Nya kerana kami mencintai-Nya," jawab mereka dengan mata yang tunduk. "Kalian orang-orang suci," seru Nabi Isa. "Maka kalian adalah sahabat-sahabatku."




4. Daya tarikan antara dua jiwa yang bertemu dan mencintai satu sama lain merupakan suatu rahsia tersembunyi tetapi lebih rahisa lagi daya tarikan antara Allah dengan hamba yang mencintai-Nya.





No comments:

Post a Comment