Pages

.: Hidup Tanpa Penyeslan :.



Fikiran ini mula terusik oleh bait kata itu, “Hidup Tanpa Penyesalan”. Bisakah melakukannya? Selalu saja ada hal yang kita sesali. Baik itu perkataan yang diucapkan, tindakan yang dilakukan, pilihan yang kita ambil, bahkan atas kejadian yang sebenarnya bukan atas kuasa kita.
Hidup tanpa penyesalan, bererti tidak melakukan sesuatu yang kelak akan mendatangkan penyesalan buat kita. Tiada yang tahu apa yang bakal terjadi pada esok hari. Mungkin penyesalan hari ini tidak dapat lagi diperbaiki, kerana kesempatan itu telah berlalu, atau sebenarnya tidak pernah tiba. Deminkian itu menambahkan lagi penyesalan dalam hati. Oleh itu sentiasalah melakukan tindakan yang terbaik. Menjalani kehidupan yang sebai knya padahari ini, demi kebaikan di masa yang akan datang.
Menjalani hidup tanpa penyesalan memang tidak mudah. Jadi, bagaimana bila penyesalan itu akhirnya berlaku juga?
Bila penyesalan itu muncul tanpa dapat dihindari, maka ada dua pilihan yang boleh diambil. Pertama, membiarkan diri tenggelam semakin dalam pada lautan penyesalan, menyiksa diri selamanya. Atau yang kedua, yakni merupakan suatu hal penting yang harus selalu kita ingat, iaituu menyedari bahawa segala sesuatu yang telah berlaku pada diri, baik  mahupun buruk, itu adalah yang terbaik untuk kita.Inilah indahnya hidup yang kita jalani. 
Sesungguhnya tiada ciptaan-Nya yang sia-sia (Q.S Ali ‘Imran 191). 
Bila hal ini telah disemai dalam hati, maka kita dapat melihat bahawa terdapatnya hikmah yang besar pada segala hal yang terjadi, termasuk pada suatu kemalangan yang menimpa. Kerana ujian hidup merupakan sarana pendidikan dari Allah, agar kita menjadi manusia yang lebih baik.
Jadi, ternyata sederhana sekali cara untuk menjalani hidup tanpa penyesalan itu. Cukuplah dengan menjalani hidup dengan perasaan ikhlas dan redha. Dan ketika cubaan itu datang, jadikan batu loncatan untuk terus mara ke hadapan. Perlu diperingat, tiada yang lebih baik buat seseorang itu melainkan kebahagiaan di akhirat. Allah mungkin tidak memberikan sesuatu yang kita idam-idamkan kerana Dia akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik di akhirat kelak. YAKINLAH ! ! !
Maka nikmat Tuhan-mu yang manakah yang kamu dustakan?” (Q.S Ar-Rahman)

No comments:

Post a Comment