Pages

Pembacaan Al-quran: Matlamat Separuh Jalan

      Hari ini hari yang cukup bertuah kerana disamping saya dapat menadah ilmu pada khutbah jumaat saya juga dilimpahkan dengan ilmu dalam majlis tazkirah bersama ustaz di masjid kampung saya. Maka penulisan saya pada kali ini bukanlah ingin bercarita mengenai tazkirah tersebut namun saya ingin mengulas mengenai tajuk khubah pada hari ini. Saya cukup tertarik dengan tajuk khutbah yang dibacakan oleh imam di masjid pada hari ini iaitu "Kelebihan si Pemabaca Al-quran. Bersempena dengan Majlis Musabaqah Al-quran Peringkat Antarbangsa atau lebih murni atau elok untuk dikatakan bersempena dengan bulan Ramadhan yang hampir tiba, Jabatan Agama Islam telah menyediakan teks khutbah yang berkenan dengan fadhilat membaca Al-quran. Juga diceritakan kepada sidang jemaah mengenai kelebihan-kelebihan si pembaca Al-quran. Antara kelebihan-kelebihan yang diceritakan dalam khutbah jumaat pada hari ini ialah:
      Dalam hadith bahawa Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah   baca Al-Quran kerana ia akan datang pada hari kiamat untuk mensyafaati di atas pihak pembacanya
      Dalam hadith Qudsi bhawa Allah SWT berfirman: Orang yang sibuk membaca Al-Quran dengan mengaji, menghafal dan berfikirkan tentangnya dengan tafsir dan terjemahannya dll, bahawa ia menghalangnya dari berzikir dan berdoa kepadaKU (iaitu ia tidak mempunyai masa untuk berzikir dan berdoa) maka Daku memberinya lebih daripada yang Daku beri kepada orang yang berdoa kepadaKU bagi memenuhi keperluannya (iaitu Daku sempurnakan segala keperluan dan hajatnya). Rasulullah SAW bersabda bahawa ‘kalam Allah’ mempunyai kelebihan di atas segala makhluknya.
              Dalam hadith yang lain bahawa Rasulullah SAW bersabda: barangsiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (Al-Quran) baginya satu hasanah dan satu pahala digandakan sepuluh kali ganda. Daku tidak etakan bahawa Alif, Laam dan Miim sebagai satu huruf, tetapi Alif ialah satu huruf, Laam satu huruf, Miim satu huruf (jadi dalam membaca Alif, Laam Miim terdapat tiga hasanah dan ganjaran minimum menyamai tiga puluh kebajikan)
       Dari sudut keilmuan dan menggalakkan pembacaan Al-quran dalam kalangan masyarakat, saya amat memuji penyediaan teks yg dibuat oleh Jabatan Agama Islam. Kerana disamping kita memberi dan menyampaikan pengetahuan mengenai fadhilat pembacaan kitab suci ini, kita juga dapat menyemarakkan lagi pembacaan Al-quran dalam kalangan masyarakat. Tambahan pula, kita bakal memasuki fasa bulan tarbiah iaitu bulan Ramadhan. Sangatlah tinggi darjat dan besar pahala bagi mereka yg membaca Al-quran pada bulan yg penuh baraqah ini.
           Namun, dari sudut dakwah, khutbah pada hari ini saya rasakan terdapat sedikit kekurangan kerana sekadar menekankan aspek pembacaan dan melupakan aspek pengamalan isi kandungan Al-quran itu sendiri. Hal ini kerana matlamat penurunan Al-quran bukan sekadar untuk dibaca, malah untuk dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Perjuangan ke arah pembacaan Al-quran semata-mata bakal melahirkan masyarakat yang cacat. Cacat yang saya maksudkan ialah sekadar pandai membaca namun dari sudut pengamalan hukum-hukum agama dan kemurnian akhlak kita lemah. 


 Rasulullah SAW bersabda "bahawa kamu hendaklah mempelajari Al-Quran (dapatkan pengetahuannya), bacalah ia dan ajarkannya kerana contoh Al-Quran, bagi pihak orang yang mempelajarinya, mendapatkan pengetahuannya, membacanya (tertutama dalam solat Tahajud), mengajarkannya dan juga mengamalkannya adalah seperti sebuah beg kulit yang terbuka yang penuh dengan kasturi yang baunya yang sangat wangi sampai ke semua tempat. Bagi seseorang ang mempelajari Al-Quran (mendapatkan pengetahuannya) tetapi (meluangkan masa) pada malam hari (dalam kecuaian), iaitu tidak membaca Quran di dalam tahajud atau ia mengamalkannya, manakala Al-Quran wujud dan dilindungi di dalam hatinya, adalah seperti sebuah beg kulit yang diisi dengan kasturi dengan mulutnya tertutup rapat."

       Malah dalam Al-quran juga Allah telah menyebuat mengenai kandungan Al-quran yg berfungsi sebagai petunjuk yg perlu diikuti oleh seluruh umat manusia.
"bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza. Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu..."(Al-baqarah ayat 185)

        Kesimpulannya, marilah sama-sama kita bermuhasabah dan memperbetulkan segala salah-faham yg berlaku dalam hati dan jiwa kita agar segala amalan kita mendapat berkat dan rahmat daripada Allah s.wt. Marilah kita meyemarakkan pembacaan Al-quran seiring dengan pengamalan isi-isi kandungannya. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment