Pages

Keyakinan kepada Allah VS Keyakinan Terhadap Wayar Elektrik

           Sesekali menghadap kaca televisyen menonton rancangan Al-kuliyyah, teringat akan satu kuliah maghrib yang disampaikan oleh guru saya ketika di SMAP Kajang dahulu iaitu Ustaz Wan Akashah. Kuliah pada malam tersebut agak menarik dan membuatkan semua yang hadir pada malam itu terfikir-fikir akan isi kuliah itu. 
           
           Beliau memulakan penyampaian kuliahnya dengan memanggil seorang pelajar tingkatan 2 ke hadapan. Saya kurang ingat nama pelajar tersebut. Tak kisahlah apa namanya kerana apa yang ingin saya ceritakan ialah tentang demonstrasi yang dilakukan oleh ustaz. Ustaz mencapai wayar mikrofon dan bekata,

Ustaz             : Ini ialah wayar mikrofon. Dalamnya ada "electric current". Anak-anak percaya atau tidak??
Murid-murid : Kami percaya ustaz!!!!
Ustaz             : Kamu nampak atau tidak "electic current"???
Murid-murid: Tak nampak!!!!

Lalu ustaz pun bertanya kepada pelajar yang disuruh ke hadapan tadi.

Ustaz            : Kalau ustaz suruh kamu gigit wayar ni kamu berani tak???
Pelajar 1       : Tak berani ustaz. Ada "electric current". Nanti saya kena renjatan elektrik.

         Melalui analogi yang dibentangkan oleh Ustaz Wan Akashah, kita seharusnya berfikir sejauh mana keyakinan kita kepada Allah jika ingin dibandingkan dengan wayar elektrik yang kecil itu. Kita sering terdedah dengan perbuatan maksiat yang menyalahi matlamat sebenar penciptaan kita di dunia ini iaitu mengabdikan diri kepada Allah yang Esa.

“Katakanlah olehmu (hai Muhammad): Allah itu Maha Esa. Dialah tempat bergantung segala makhluk dan tempat memohon segala hajat. Dialah Allah, yang tiada beranak dan tidak diperanakkan dan tidak seorang pun atau sesuatu yang sebanding dengan Dia.” (Surah Al-Ikhlas)


       Kesimpulannya, seharusnya kita bermuhasabah tentang sejauh mana kita meletakkan kebergantungan dan keyakinan kita kepada Allah berbanding dengan segala macam objek di dunia ini.
Marilah sama-sama kita berusaha meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. InsyaAllah........

No comments:

Post a Comment