Pages

Allah Maha Pengampun: Sudahkah Terampun Dosa-dosa Kita?

Akal, nafsu, iman.

                Dicipta manusia memiliki kelebihan akal untuk berfikir, dipimpin oleh wahyu Allah dengan bimbingan Rasul sanjungan. Kehadiran nafsu dan bisikan syaitan menjadi penghalang dan rintangan buat umat manusia untuk menuju kebenaran. Akal melihat buruknya maksiat, indahnya amal soleh, namun kerap kali akal diperangkap oleh gelojak nafsu dan dengkinya syaitan. Namun, adakah alasan meninggalkan perintah dan melakukan larangan diletakkan kepada wujudnya nafsu dan syaitan? Sebaliknya, wujudnya nafsu dan syaitan menjadi garis pemisah antara yang teguh imannya dan yang lemah imannya.

“Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali org2 yg telah diberi rahmat oleh Tuhanku(maka terselamatlah dia dari hasutan nafsu itu”(Surah Yusuf 12:53)

Dosa Manusia.

                Manusia seringkali lalai dalam pertimbangan dan tesilap dalam membuat keputusan sehingga menyebabkan mereka jatuh ke kancah dosa dan maksiat. Tersilap membuat keputusan akibat melihat banyaknya wang yang ditinggalkan di depan mata oleh orang yang tidak diketahui atau meninggalkan solat akibat sibuknya bekerja atau rancaknya mengumpat akibat marahnya hati. Tiap satunya merupakan dosa yang kerap kali dilakukan oleh manusia. Dalam memahami gelagat dosa manusia perlu digariskan beberapa kategori dosa yang menjadi permainan hidup manusia:

1.       Dosa kepada Allah dan Rasulnya

2.       Dosa sesama Manusia



Taubat: Terampunkah dosa kita?


                Sifat Allah yang maha pengampun hikmah kepada kejadian manusia yang terdedah kepada dosa dan maksiat. Kepada yang berdosa, sama ada meninggalkan yang wajib atau melakukan yang haram dibuka ruang buatnya untuk bertaubat dan memohon ampun daripadaNya. Biar sebesar manapun dosa yang dilakukan ruang keampunan Allah cukup besar buat seluruh umat manusia. Cuma persoalannya adakah dosa kita sudah terampun?

                Menjadi tanggungjawab buat seluruh manusia untuk sentiasa memohon keampunan daripada Allah supaya dapat menjadikan kita insan yang sentiasa berwaspada dengan dosa-dosa yang dilakukan tanpa sedar disamping menjadikan kita semakin dekat kepadanya. Di dalam sohih Muslim tercatat : Firman Allah Ta'ala ( maksud ) :

“Sesiapa yang mendekatiKu sejengkal maka Aku akan mendekatinya sehasta. Dan sesiapa yang menghampiriKu sehasta maka aku kan menghampirinya sepemeluk dan sesiapa yang datang kepadaKu dalam keadaan berjalan maka Aku akan kepada dalam keadaan bersegera. Dan sesiapa menemuiKu(selepas mati) dengan dosanya sebesar bumi tetapi tidak syirik padaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan menemuinya dalam keadaan mengampuni dosa sebesar bumi itu.

Apakah erti memohon ampun jika tiada penyesalan? Apakah gunanya memohon ampun jika dosa lama diulang lagi?

                Sebagaimana susahnya hati peminta sedekah menagih simpati daripada pemberian yang belum pasti, menampilkan riak wajah yang sedih dan gusar, dipaparkan dengan suara sayu meminta sumbangan yang ikhlas serta kesungguhan dalam mencari sesuap nasi; begitulah juga bagi setiap manusia yang berdosa, perlunya kepada penyesalan akan dosa yang dilakukan, memohon ampun daripada yang maha esa, serta membuktikan penyesalan dan permohonan ampun itu dengan tidak mengulangi perbuatan dosa tersebut. Itulah yang disebut sebagai taubat nasuha, taubat yang sebenar-benar taubat.

                Seterusnya tidak perlu terlepas daripada perlakuan muslim itu daripada melukai hati manusia yang lainnya, yang dirujuk sebagai dosa kepada sesama manusia. Tidak kira sama ada mengambil hak mereka, mengumpat, menfitnah dan sebarang perlakuan yang menjejaskan zahir dan batin mereka setiapnya memerlukan permohonan maaf daripada setiap yang bersalah agar terlepas daripada tuntutannya di akhirat kelak.



Bilakah mahu bertaubat?



Hadis riwayat Imam Muslim dari Abu musa Al-Asy`ari:

"Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya di siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan pada malam hari sampai matahari terbit dari barat."

                Bersiap sedialah kita untuk bertaubat selagi pintunya terbuka. Masih ada waktu bagi kita ! ! !

No comments:

Post a Comment